9 Julai 2013

Posted by jinson on 9.7.13 No comments
Artis Kpop, Now Terpikat Dengan Makanan, Baju Melayu Semenjak melihat anak tempatan Ajieb Rosdi mengenakan baju kebangsaannya setiap kali menghadiri kelas di Mnet Academy, bintang K-Pop, Hyun Je Ryu atau lebih dikenali dengan nama Now dilaporkan sudah mula terpikat dengan baju Melayu. Berasa gembira menerima sepasang baju Melayu tajaan dari pereka fesyen tempatan, Kos Serani, Now yangang juga pelakon drama Over The Rainbow serta merangkap guru tarian kepada Ajieb merasakan baju tersebut amat selesa untuk dipakai. "Saya suka pakai baju Melayu. Ianya sangat selesa dan menarik di pakai. Saya rasa saya nampak lebih segak. "Tidak hairanlah saya selalu melihat Ajieb sentiasa kemas dan kacak mengenakan baju ini. Sememangnya, baju Melayu membuatkan seorang lelaki nampak tampan dan lebih kacak," katanya kepada murai.com.my. Tidak sabar untuk datang ke Malaysia bagi mengetahui budaya Malaysia, Now juga dikatakan turut tertarik dengan makanan Melayu. "Saya rasa bertuah kerana dapat kenali Ajieb. Dia bukan saja pelajar saya, malah dia juga sahabat baik saya yang sering kenalkan saya dengan masakan Malaysia. "Saya suka makan nasi lemak, mee hoon goreng dan karipap yang Ajieb buatkan untuk saya. Saya dengar banyak lagi masakan Malaysia yang sedap-sedap. Saya harap, bila saya datang Malaysia nanti, saya boleh makan semuanya," jelasnya yang boleh berbahasa Melayu. Kalau hendak tahu bagaimana Now bertutur dalam bahasa Melayu, sila lihat video ini:-
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog