9 Julai 2013

Posted by jinson on 9.7.13 No comments
Selebriti Popular Mula Rasai Kehangatan Ramadan: Bulan Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelang esok serta dinanti-nantikan oleh sekalian umat Islam di seluruh dunia itu nampaknya telah mendapat pelbagai reaksi daripada artis serta selebriti popular tanah air. Laman sosial seperti Twitter dan Instagram telah menjadi platform terbaik untuk mereka menyampaikan mesej positif kepada peminat sempena meraikan bulan Ramadan. Lagenda rock, Amy Search misalnya telah menyampaikan mesej keIslaman menerusi dua mesej foto di laman Instagram miliknya dalam mengajak pembaca memohon ampun dan maaf kepada yang maha kuasa. Diikuti pula mesej supaya pembacanya tidak melupakan amalan bangun sahur supaya mendapat keberkatan dalam menjalani ibadah wajib berkenaan. Pelakon jelita Nora Danish juga tidak ketinggalan berkongsikan foto wajah ayunya di laman Instagram peribadinya dalam perjalanan menuju majlis doa selamat sempena meraikan bulan Ramadhan. Pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini pula telah berkongsi foto penampilan santun lagi anggun Dato' Siti Nurhaliza yang hadir ke butik fesyennya hari ini dengan terselit ucapan meraikan bulan Ramadhan. Sementara itu dua pelakon kacak, Fizo Omar dan Nazim Othman telah berbalas-balas mesej di laman Twitter masing-masing untuk menikmati Ayam Penyet sebelum menjelmanya Ramadan esok hari. Si primadona jelita, Erra Fazira pula telah menyampaikan mesej mohon maaf dan mengharapkan ibadah puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini di dalam laman Twitter miliknya. Penyanyi hitam manis, Nurul Depp atau Nurul wahab nampaknya sudah mula merasai nikmat berpuasa di perantauan setelah berlepas ke Perancis malam semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog