9 Julai 2013

Posted by jinson on 9.7.13 No comments


BALIK PULAU - Seorang wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila lehernya dikelar sebelum mayatnya yang memakai baju T dan seluar dalam hitam dicampak di dalam sebuah kebun durian hingga tersangkut pada pagar Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, Bukit Genting di sini semalam.
 Mayat wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditemui oleh seorang pekerja yang sedang memungut durian di kebun tersebut pada pukul 8.30 pagi. Dia yang tergamam telah memberitahu majikannya sebelum menghubungi polis.
 Polis percaya, mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dari jalan dekat cerun bukit di situ. Jarak antara lokasi mayat ditemui dan jalan terbabit kira-kira 10 meter. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pemeriksaan menemui kesan luka di belakang kepala, leher dan kelar di leher sepanjang 10 sentimeter.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog