“Sekali pandang wajahnya biasa saja dan mungkin ramai wanita tidak berkenan, tapi bila sudah kenal hati kami yang gundah jadi tenang sebaik melihat senyumannya,” kata Siti Aisyah Awang Kechik, 56, isteri pertama Muhamed Yunus, 58, sambil disokong dua madunya, Asiah Yahya, 48, dan Ani Abd Rahman, 42.
BAHAGIA…Muhamed bersama dua isteri, Ani (depan kanan), Siti Aisyah (belakang) serta tiga anak,
Mohd Khairi Safari (kiri belakang), Nadia dan Khairul Azwa. Menariknya, rumah dua madu Muhamed, Asiah dan Ani didirikan berhampiran rumahnya bersama isteri tua, Siti Aisyah di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli, dekat sini, dan mereka hidup berjiran dengan penuh harmoni. Menurut Siti Aisyah, ketika Muhamed berhasrat untuk berkahwin dengan Ani, lelaki itu secara ‘gentleman’ meminta dia dan Asiah masuk meminang madu ketiganya. “Kami tidak terkejut dan rela hati menunaikan permintaannya kerana yakin dia mampu berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anak,” katanya. Katanya, Ani turut tersenyum sebaik saja melihat dua madunya berada di depan mata ketika majlis meminang di rumah keluarganya di Jerteh, Terengganu.
MAHLIGAI…rumah Asiah dan Ani berdekatan rumah Siti Aisyah (kanan) di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli.
0 ulasan:
Catat Ulasan