18 Julai 2013

Posted by jinson on 18.7.13 No comments


Abang kepada penyanyi antarabangsa Janet Jackson, Jermaine Jackson mengesahkan bahawa adiknya itu telah memeluk agama Islam dan nekad bersara dari bidang nyanyian. Jermaine memaklumkan perkara tersebut secara peribadi kepada sahabat baiknya dari Malaysia, tokoh korporat, Tan Sri Syed Yusuf Tun Syed Nasir, yang lebih dikenali dengan panggilan Jojo. “Ya. Janet sudah memeluk agama Islam sejak berkahwin dengan kawan baik Jermaine, jutawan Qatar Wissam Al Mana. “Jermaine memberitahu saya tentang perkembangan adiknya ketika kami berbuka puasa bersama-sama di KL baru-baru ini. Dia kata Janet tidak mahu menyanyi lagi,” kata Jojo kepada Portal Red Carpet. Majlis pernikahan Janet yang juga adik kepada mendiang Michael Jackson dan Wissam telah berlangsung secara rahsia pada bulan Februari tahun lalu. Pasangan selebriti tersebut mempunya tiga buah rumah di tiga buah negara. Tetapi menurut Jermaine, Janet lebih suka meluangkan masa bersama suaminya di Timur Tengah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog