Selepas hampir sebulan dipukau dan dilarikan empat warga Indonesia ke Surabaya, Jawa Timur, Nur Idayu Abd. Aziz akhirnya selamat pulang ke pangkuan keluarganya. Kisah ibu kepada tiga orang anak berusia 34 tahun ini menarik perhatian pelbagai pihak apabila suaminya, Mohd. Riduan Abd. Razak mendakwa isterinya dilarikan ke Indonesia oleh pekerja kontrak yang pernah diupah membuat pengubahsuaian rumah mentuanya di Felda Bukit Sagu 2, Kuantan. Mangsa yang hilang sejak 22 Jun lalu berjaya dikesan minggu lalu hasil maklumat pelbagai pihak selepas disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman, Rambipuji yang terletak di daerah Jember kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya. Kepulangan Nur Idayu di rumah bapanya di Felda Bukit Sagu 2 disambut pilu dan tangisan oleh ahli keluarga wanita tersebut terutama oleh tiga anaknya. Nur Idayu dan suaminya tiba di rumah bapanya itu kira-kira pukul 6.15 petang semalam namun dia enggan memberikan sebarang komen.
Categories: Biar Betul
dh kena main x ngan mamat indon tu ?
BalasPadamkena buatan batang indon...