19 Julai 2013

Posted by jinson on 19.7.13 No comments

lemas
“Kalau umur aku panjang…aku nak kahwin waktu usia 24 tahun nanti, insya-ALLAH…” Itu merupakan hasrat terakhir yang dinyatakan Allahyarham Muhammad Khairul Safuan Tajuddin, 18 kepada abang kembarnya, Muhammad Khairul Azuan sebelum ditemui lemas di kawasan perkelahan Batu Hampar, Kampung Paya Lintah, di sini, kelmarin. Muhammad Khairul Safuan dihanyutkan air deras dalam kejadain pada kira-kira jam 5.30 petang di kawasan perkelahan itu sewaktu mandi-manda bersama Muhammad Khairul Azuan serta tujuh rakan lain. Menceritakan kembali kejadian, Muhammad Khairul Azuan berkata, mereka dua beradik serta rakan-rakan lain ke kawasan perkelahan itu secara berkonvoi motosikal. Katanya, tiba di lokasi lima daripada mereka masing-masing berusia antara 16 hingga 23 tahun mengambil keputusan duduk bersantai atas batu sementara mereka dua beradik bersama dua rakan perempuan bermandi-manda. “Kami jarang dapat berkumpul sebelum ini menyebabkan cadangan seorang rakan untuk mandi diterima. Adik kembar saya sebelum ini tidak begitu gemar dengan aktiviti luar apatah lagi mandi ketika cuaca panas. “Kelakuannya agak berbeza bila begitu riang bermain air. Kami sampai dalam jam 4.30 petang dan beberapa orang awam turut berada di situ. Tak sampai sejam, air deras datang menolak kami dengan kuat. “Sedar-sedar saya dah ada di dasar air dan cuba berpaut pada dahan pokok untuk mengelak dari hanyut lebih jauh. Sebaik sahaja dapat selamatkan diri, saya cuba cari kelibat adik kembar saya serta dua rakan lain, namun tak kelihatan,” katanya. Tambah Muhammad Khairul Azuan, ketika itu dia sedar mereka mungkin sudah dihanyutkan dan tidak mungkin dapat diselamatkan. Muhammad Khairul Azuan yang cedera serta calar di lengan, kaki serta beberapa bahagian badan termasuk menerima jahitan di kepala mengakui akan merindui adik kembarnya, tambahan mereka berkongsi minat sama, sering melakukan aktiviti bersama serta sempat mengumpul duit untuk membeli motosikal baru. Kejadian berpunca dari kepala air dari bukit berhampiran itu turut menyebabkan dua lagi mangsa terkorban iaitu Farah Anisah Ahmad Rafi serta Nor Aida Azhar masing-masing 17 tahun yang ditemui di dua lokasi berasingan sebaik sahaja operasi menyelamat kedua dilancarkan, 9 malam, kelmarin. Dah dilarang, tetapi pergi juga Khuatir dengan keselamatan kedua adiknya, Nur Azlin, 19 yang merupakan kakak kepada Nor Aida telah melarang adiknya pergi ke lokasi kejadian namun mangsa memaklumkan telah berjanji dengan rakan-rakan lain dan akan pulang awal. “Dari semalam (Khamis) lagi dia cakap nak mandi di situ. Saya cakap tempat tu agak bahaya, tapi dia kata pergi tak lama. Cuma nak mandi saja,” katanya ketika ditemui di bilik operasi menyelamat di Kampung Paya Lintah, di sini. Ibu Nor Aida, Maimun Shajudin, 53 telah cuba menghubungi anak ketiga dari empat beradik itu sekitar jam 6 petang namun tidak berjawab. “Ketika itu ada rasa tak sedap hati. Saya telefon banyak kali namun tak berjaya. Tak lama lepas tu saya dapat panggilan mengatakan dia lemas,” katanya. Nor Aida disifatkan seorang periang dan manja dengan keluarga, manakala Farah Anisah merupakan anak angkat keluarga Maimun. Operasi menyelamat selesai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus memaklumkan mayat Muhammad Khairul Safuan ditemui pada jam 6.35 petang, iaitu sejam selepas panggilan kecemasan diterima pada 5.30 petang sekitar lima Kilometer (KM) dari tempat kejadian oleh orang awam. Menurutnya, seorang penduduk ternampak tangan mangsa tersangkut pada pokok buluh dan menariknya ke daratan. “Sebaik operasi menyelamat kedua di sepanjang Sungai Chempiang hingga Empangan Sungai Lanik dilancarkan pada jam 9.30 malam, mayat Farah Anisah dikesan tersangkut pada akar pokok lebih kurang 300 meter dari tempat kejadian pada jam 9.57 malam. “Mayat Nor Aida ditemui seorang peniaga pada keesokan hari, kira-kira jam 7.35 pagi di Labu Kubang, 15 KM dari lokasi kejadian,” katanya. Ismail memaklumkan dengan penemuan mangsa terakhir, operasi menyelamat dihentikan serta merta pagi semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhammad mengesahkan kejadian dan memaklumkan jenazah semua mangsa sudah dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog