19 Julai 2013

Posted by jinson on 19.7.13 No comments
rompakan


Seorang perompak bank kulit putih dikatakan telah menipu polis AS dengan memakai topeng kesan khas seperti dalam lakonan film Hollywood dan sarung tangan, beliau menyamar sebagai seorang lalaki kulit hitam. Menurut laporan polis, Conrad Zdzierak, 30, dikatakan telah menggunakan topeng silikon yang di beli dengan harga £ 450 dalam rentetan enam rompakan berani bank di Ohio.
 Lima daripada rompakan berlaku pada hari yang sama, 9 April 2010. Polis di Springdale, Ohio mengeluarkan rakaman CCTV dari bank-bank, merayu bantuan orang ramai untuk mencari apa yang mereka percaya adalah seorang lelaki Afrika-Amerika.
 Tetapi selepas tertangkapnya perompak tersebut, pegawai polis mendapati Zdzierak yang tinggal di sebuah hotel berdekatan. Leftenan Michael Mathis daripada Jabatan Polis Springdale mengakui polis telah terpedaya dengan penyamarannya dan berkata beliau tidak pernah melihat kejadian seperti itu.




Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog