19 Julai 2013

Posted by jinson on 19.7.13 No comments
Foto Bahagia Bulan Madu Izzue Islam-AwinSejak pelakon dan penyanyi , Izzue Islam yang jambu tu kahwin, Murai Batu selalu juga tengok gambar-gambar manisnya bersama isteri, Awin yang dimuat naik oleh ahli kumpulan Forteen itu sendiri ke dalam laman Instagram miliknya. Meskipun terdapat jarak umur yang agak jauh di antara mereka iaitu Awin lebih tua daripada Izzue, namun Murai Batu tengok dorang ni bahagia dan gembira sahaja menjalani hidup bersama. Jelous pulak Murai Batukan. Lebih romantik lagi, bila baru-baru ini, Izzue ada muat naik foto-foto bulan madunya bersama isteri tersayang ketika berada di beberapa tempat di Thailand. Terpancar kebahagiaan di wajah mereka di dalam foto-foto tersebut. Sweet sangat Murai Batu tengok. Namun, Murai Batu dengar mereka ke Thailand bukanlah sekadar untuk berbulan madu semata-mata tetapi turut sama menjayakan penggambaran program Romantika Raya terbitan Astro. Best la bulan madu di sponsor kan? Wah, tak sabar Murai Batu nak tonton Romantika Raya pada Aidilfitri ni. Disebabkan terlalu teruja, Murai Batu pun mula bertanyakan dengan rakan-rakan media Murai Batu yang sempat menghadiri sidang media program-program Raya Astro semalam. Mereka kata Romantika Raya akan bersiaran pada hari raya pertama iaitu 8 Ogos ini. Malah, Romantika Raya yang akan bersiaran di saluran Maya HD pada jam 1 petang itu dengarnya bukan sahaja menampilkan Izzue dan isterinya tetapi artis lain juga seperti Aaron Aziz dan isteri, Amy Search dan isteri, serta Ning Baizura dan suami. Amboi, raya pertama Murai Batu nampaknya akan melekat depan TV lah tahun ini. Sambil tengok TV , sambil makan kuih raya lagi, mesti best lah!
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog