Categories: Corito Artis
19 Julai 2013
Posted by jinson on 19.7.13
No comments
KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2013: Salam Ramadan buat semua pembaca Murai yang Murai Batu hormati dan sayangi kerana masih setia bersama portal ini untuk mendapatkan berita-berita terkini dan mutakhir mengenai dunia hiburan tempatan juga dimana-mana sahaja yang dirasakan perlu. Gitu.
Propa tak ucapan Murai Batu, ala-ala baik dan suci sahaja kan. Jangan ingat suci kat situ saja, semua luar dalam pun kena suci juga. Murai Batu gosip pun gosip juga, kalau ada nasihat yang berguna tak salah nak kongsikan. Barulah seimbang hidup ini. Jangan nak berpura-pura sangatlah, bak kata orang dulu sekilas ikan di air, Murai Batu dah tahu mana jantan mana betina.
Terlebih sudah rasanya berleter apa kata kita singkap kisah cerita yang teramatlah panas sejak awal minggu ini. Apa lagi kalau bukan cerita Ashraf Muslim dilaporkan telah memadukan isterinya apabila dia mengaku berkahwin dengan seorang wanita yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan namanya.
Ironinya disini, mengapa ketika cerita ini bertebaran beberapa bulan lalu, Ashraf seperti mahu berselindung? Kenapa perlu melarikan diri tetapi dia yang akhirnya dia yang mengaku berkahwin. Murai Batu tidak mahu dikatakan cuba memburukkan keadaan tetapi di mana rasional si Ashraf sehingga dia dilihat sanggup menipu demi kepentingan diri.
Memang tidak salah kalau mahu berpoligami jika mampu dan layak tetapi merujuk kepada kes Ashraf tersebut, mengapa dia tidak boleh bersabar sehingga mengambil keputusan menipu isteri dan bapa mertuanya dengan mengatakan dia ke Thailand atas urusan kerja.
Seperti laporan di Metro semalam yang menyiarkan keterangan Lokman Abdul Hamid, bapa mertua kepada Ashraf Muslim yang kesal dengan tindakan menantunya itu apabial berkahwin secara rahsia. Kalau sesiapa pun berada di tempat yang sama mesti kecewa jika diperlakukan sedemikian. Semua pun terkantoi apabila isteri pertamanya Noor Dayana terjumpa dokumen perjalanan Ashraf ke negara gajah putih tersebut.
Mungkin ketika mengambil keputusan in, Ashraf terlupa untuk melihat kembali apakah yang dimaksudkan di sini. Tak payahlah Murai Batu nak kupas disini maksud dan erti sebenar kalau nak kahwin lebih ini kan, nanti orang kata Murai Batu nak jadi Dr Muhaya atau pun Ustaz Azhar Idrus pula.
Bila sudah terdesak, Ashraf memberikan alasan mengenai zuriat walhal mereka baru sahaja dua tahun berkahwin. Kelihatannya dia seperti mencari alasan untuk membetulkan keadaan dan tindakan yang telah diambilnya itu.Betul tak apa yang cuba Murai Batu sampaikan ini.
Kenapa tidak cuba menjadi seorang gentleman dengan berterus-terang saja kepada bapa mertuanya mengenai rancangan untuk berkahwinan dengan Sakinah. Walhal, sebelum bapa mertuanya sebelum ini sudah pun tahu mengenai hubungan rahsianya dengan bekas kru produksi terbabit sewaktu mereka menjalani umrah di Tanah Suci Mekah pada tahun lalu.
Dalam filem Madu 3 misalnya, b P.Ramlee dengan beraninya memberitahu bapa mertuanya bahawa dia akan berkahwin baru, cuma bapak mertuanya pula yang terlalo over sporting memihak padanya. kalau susah tak ingat, ikut saja contoh si pelawak terkenal Salleh Yaakob yang pernah membuat sidang akhbar bahawa dia akan berkawin baru dan perkahwinannya itu telah dihadiri, isteri-isteri yang lai. Baru gentleman katanya, I Follow!
Jangan ingat Murai Batu cuba untuk menyalahkan Ashraf Muslim tetapi sekadar memberikan pandangan melalui rentetan kisah selebriti berimej bersih ini. Tindakan yang dibuat Ashraf seperti tidak kena dengan imej bersih yang dibawanya kini.
Yang pasti, ambillah cerita ini sebagai iktibar, kadangkala apa yang berlaku kepada kisah hidup selebriti sebenarnya adalah tontonan untuk kita supaya dijadikan pengajaran kepada semua. Kalau jadi kat orang tak glamor sapa nak ambil tahu kan. Tak gitu uols?
Jadi ingatlah bahawa setiap daripada kita pasti tak akan lari daripada melakukan kesalahan. Berwaspada dan cuba untuk muhasabah diri dalam mengambil keputusan ok. Selamat menunaikan ibadah puasa semua, Assalamualaikum!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Julai
(422)
-
▼
Jul 19
(14)
- Biar Betul!!!Ashraf Muslim Menipu Demi Kepentingan...
- wow ! Foto Bahagia Bulan Madu Izzue Islam-Awin
- TERKINI!!! Abby Abadi Sudah 12 Hari Nikah Dengan F...
- WOW ! Diana Amir Bakal Nikah Pensyarah Hujung Tahu...
- PANAS!!! Isteri Pertama Ashraf Muslim Luahkan Keke...
- AMEKAW!!! Alvin dan Vivian fail permohonan semakan...
- Wrong hospital? Media paranoia in UK royal baby wait
- SADIS!!! VIDEO- REMAJA LEMAS DI TELAN KEPALA AIR B...
- FUHHH-VIDEO, PEMBONGKARAN BERANI BEKAS BIARAWATI.
- BIAR BETUL!!!ROMPAKAN YANG PALING MENGELIRUKAN
- FUIYO!!! (VIDEO) Rumah Akuarium Sebagai Pagar Rumah
- RESIPI SEMPERIT MUDAH DAN ENAK
- TAHNIAH ! Akma AF3 Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
- BIAR BETUL ! Pok Mat Lewa Kongsi Rahsia Kahwin Sam...
-
▼
Jul 19
(14)
-
▼
Julai
(422)
0 ulasan:
Catat Ulasan