7 November 2013

Posted by jinson on 7.11.13 No comments
Sibuk-ambil-gambar-sambil-memandu-boleh-mati/
Kita sedia maklum bahawa menggunakan telefon sambil memandu boleh mengganggu tumpuan dan menyebabkan kemalangan membawa maut, namun kali ini kerana terlalu sibuk ambil gambar sendiri dengan telefon pintar ataupun “selfie” lagi berbahaya.
CNN baru-baru ini melaporkan bahawa kemalangan jalan raya merupakan penyebab utama kematian remaja dan kemalangan tersebut biasanya disebabkan tumpuan si pemandu remaja terganggu. Dan siapa lagi yang lebih taksub dengan mengambil “selfie” selain remaja? Ada sahaja orang dewasa yang sempat bergambar sambil tunggu lampu merah namun ada benarnya jika kita letakkan ke tepi telefon pintar sambil memandu.
Bukan setakat membahayakan nyawa sendiri si pemandu, malah boleh membahayakan pengguna jalan raya lain. CNN turut cadangkan mungkin satu-satu cara untuk tamatkan fenomena selfie sambil memandu adalah dengan undang-undang lebih ketat serta hukuman yang jauh lebih berat berbanding saman.
Mungkin penjara? Jadikan pengajaran. Selfie boleh diambil apabila sudah sampai destinasi anda.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog