Selepas melihat kejayaan bintang K-Pop, Rain ke dunia perfileman Hollywood, penggiat seni Korea, Kim Soo Ro yakin Lee Min Ho bakal mengikuti jejak langkah bintang Rain yang baru saja kembali aktif dalam dunia hiburan selepas tamat menjalani latihan ketenteraan.
Pengakuan keyakinan Kim Soo Ro mengenai hero drama The Inheritors ini dibuat menerusi program yang disiarkan MBC berjudul Radio Star. Dalam program berkenaan, topik yang dibahaskan untuk Kim Soo Ro adalah tentang keberanian dia memilih pelakon baru yang digilap menjadi bintang ternama Korea. Apa yang pasti, pelakon yang paling menjadi adalah Lee Min Ho yang mana Kim Soo Ro ada melihat uji bakat pertama pelakon ini.
Dalam uji bakat berkenaan, Kim Soo Ro terus nampak dan mengatakan Lee Min Ho bakal menjadi pelakon kebanggaan Korea. “Apa yang saya maksudkan adalah, Lee Min Ho adalah pelakon yang bakal menjadiduta kepada negara yang mana apabila dia dikenali, satu dunia tahu dia adalah orang Korea. “Dengan rupa paras dan bakat yang dia miliki saja, saya sudah yakin dia menjadi kegilaan di Korea.
Saya juga ada simpan rasa bahawa pada usia 30 atau 40 tahun nanti, Lee Min Ho sah ke Hollywood,” jelasnya.
Sementara itu, peminat di Malaysia boleh melepaskan rindu terhadap Lee Min Ho dengan menyaksikan drama The Inheritors yang ditayangkan di Astro One HD Saluran 393jam 9 malam setiap Rabu dan Khamis.
Menerusidrama ini, ada banyak babak yang mencabar Lee Min Ho untuk berdialog dalam bahasa Inggeris. Malah, kebanyakan lokasi penggambaran di awal permulaan cerita diadakan di California.
0 ulasan:
Catat Ulasan