7 November 2013

Posted by jinson on 7.11.13 No comments
kerana nakal azad jazmin dibuang ke india
Siapa menyangka aktor Azad Jazmin atau nama sebenarnya Jazmin John Louis Jeffri, 37, pernah dihukum oleh bapanya sendiri dan di’buang’ ke India dek kerana kenakalannya di usia remaja. Pengalaman berharga yang dilaluinya seorang diri di Madras selama enam bulan itu bukan sahaja memberi dia pengertian mengenai kehidupan tetapi ia kini berguna untuk menjayakan watak Rahul dalam filem Kolumpo.
Menceritakan pengalaman hidup di Madras pada ketika itu, Azad bukan sahaja dapat mengenali erti kehidupan ketika itu, malah dia lebih menjiwai karektor Rahul. Rahul adalah seorang pemuda dari India yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan cerita ini merupakan daripada salah satu kisah yang dipaparkan filem Kolumpo dan dibawah arahan Bront Palarae. 
“Dulu saya seorang yang sangat nakal di sekolah dan hampir dihantar ke sekolah pemulihan akhlak, Hendry Gurney tetapi dihalang bapa saya yang ketika itu yang mempunyai rencana lain. Pada mulanya saya diberitahu yang dia akan menghantar saya ke luar negeri. “Pada tafsiran saya ketika itu bapa akan hantar saya ke London sebaik tamat SPM tetapi sebenarnya saya telah dicampakkan ke Madras, India selama enam bulan untuk hidup berdikari berbekalkan duit sebanyak RM 1000. 
“Di sana saya lebih menghargai kehidupan yang saya pernah ada sebelumnya dan kini saya gunakannya untuk watak Rahul. Hidup di sana memang mencabar dan jauh berbeza dengan Malaysia. “Daripada cara hidup hingga perkara yang aneh dan tak mungkin berlaku di sini akan anda lalui jika tinggal di India,” cerita Azad yang seronok berkongsi pengalaman kisah perit getir tinggal di India. Menjadi sebahagian daripada filem Kolumpo, Azad teruja membawakan watak yang sedikit berbeza dengan watak komedi yang menjadi identitinya sebelum ini. 
Azad memikul tanggungjawab ini dengan harapan dapat menonjolkan bakat lakonannya daripada sisi yang lain bukan komedi. “Karya Bront dalam Kolumpo menceritakan tentang harapan serta impian dan ia dihasilkan dengan ikhlas dan dengan hati. Saya juga bukan anak jati Kuala Lumpur dan saya dapat rasakan bagaimana rasanya pertama kali menjejakkan kaki di kota ini “Sebagai pelakon saya teruja dan seronok menjadi sebahagian daripada filem ini dan tidak sabar menanti reaksi masyarakat terhadap filem ini.
Saya berikan jaminan yang ia adalah filem yang lain daripada yang lain dan pasti membuka minda anda tentang Kuala Lumpur daripada dimensi yang pelbagai. “Terima kasih kepada Bront yang mempercayai saya untuk membawakan watak bukan komedi,”ucap Azad yang seronok berkongsi pengalaman ketika melakonkan watak Rahul serta kisah perit getir tinggal di India yang mematangkan dirinya.
Selain daripada kisah Rahul lakonan Azad Jazmin arahan Bront Palarae, dua lagi kisah yang melengkapkan Kolumpo adalah kisah satu malam diantara Sharifah Amani dan pendatang baru Amirul Ariff dibawah arahan Sheikh Munasar. Manakala cerita mengenai gadis Cina, Nell Ng membantu seorang nenek iaitu Ruminah Sidek (Mak Mah) ditonjolkan di dalam filem ini dan diarahkan oleh Rozi Isma.
Terbitan AutoFilms Sdn Bhd, Kolumpo dihasilkan dengan bajet yang sederhana sebanyak RM 1j dan bakal ditayangkan pada 5 Disember ini di seluruh negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog