Susah kan jadi orang cantik. Orang lain dengki sampai mesti timbulkan ura-ura bahawa itu semua bukan cantik semulajadi, tetapi bantuan pakar bedah!
Diva Hollywood terbaru yang dikatakan melakukan pembedahan plastik bagi mengekalkan paras rupa jelita beliau, Jennifer Lopez, beria menafikan dakwaan tersebut menerusi laman Twitter beliau.
Ura-ura tersebut timbul apabila seorang doktor pakar bedah dari London, Dr Ayham Al-Ayoubi mengatakan wajah penyanyi berusia 44 tahun tersebut menunjukkan banyak tanda-tanda dibedah.
Dr Ayham siap meletakkan dua gambar sebelum dan selepas pembedahan Jennifer Lopez yang tampak berbeza. Menurut Dr Ayham, J.Lo memang sudah cantik semulajadi namun setelah pembedahan, beliau nampak lebih menarik.
Setelah J.Lo menafikan pernah melakukan pembedahan plastik, Dr Ayham segera membuat sebuah tweet memohon maaf atas kesilapan beliau.
Begitulah, Dr Ayham. Ada sahaja manusia yang memang lahir cantik.
0 ulasan:
Catat Ulasan