Dalam pada penyanyi yang menjadi mangsa penjenayah mengumpulkan bahan bukti dan mangsa-mangsa yang lain, Admin dapat tahu, salah seorang pereka fesyen popular tempatan hampir-hampir terkena dengan helah penjenayah berkenaan.
Difahamkan, pereka fesyen yang dimaksudkan adalah Ezuwan Ismail yang baru saja berumahtangga pertengahan tahun ini.
Sungguhpun Ezuwan hampir terpedaya dengan helah penjenayah yang dikehendaki itu, namun keadaan Ezuwan kini stabil serta dalam keadaan selamat.
Bagaimanapun, Admin difahamkan Ezuwan sudah pun dipukau sewaktu berkomunikasi dengan penjenayah tersebut menerusi perbualan telefon.
Dalam pada itu, penyanyi yang di dalam trauma dan takut untuk kembali aktif dalam urusan kerjanya itu memaklumkan berasa amat pelik dengan penjenayah tersebut. Admin diberitahu, penjenayah itu sangat licik dan boleh mendapat semua nombor telefon yang berkaitan penyanyi tanpa ketahui oleh penyanyi berkenaan.
Atas dasar itu, penyanyi ini difahamkan menjadi semakin takut dan bimbang dengan keselamatan semua yang berkaitan dengan dirinya.
Apapun, Admin yakin, penjenayah itu bakal ditangkap dalam waktu terdekat kerana banyak bukti kukuh sudah pun dikumpulkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan