5 November 2013

Posted by jinson on 5.11.13 No comments
heidi klum si tua bertongkat hadiri parti halloween
Selain terkenal melalui rancangan realiti mencari pereka fesyen popular Project Runway, Heidi Klum pasti akan menjadi tumpuan kala menjelang sambutan Halloween yang seringkali diadakan pada penghujung Oktober.
Bekas isteri kepada Seal itu pernah tampil dalam pelbagai watak filem atau ikon popular hinggalah menjadi binatang seperti gorilla dan ular. Yang terkini Heidi tetap tampil dengan pemilihan gaya yang pasti tidak terjangkau dek orang lain iaitu menjadi Heidi yang tua!


Usaha dalam menjadikan Halloween yang disambutnya berjaya, Heidi sanggup mendapatkan khidmat solekan pakar serta menggunakan rambut palsu dan dilihat seperti bongkok untuk menjadi dirinya yang tua. Dikhabarkan dia mengambil inspirasi Mrs Doubtfire, filem yang dilakonkan Robin Williams pada tahun 1994 itu.
Khabarnya hos yang juga merupakan model terkenal ini muncul di Marquee, sebuah kelab di New York yang menjadi lokasi dia menyambut Halloween saban tahun. Ketika melalui laluan khas sebelum masuk kedalam, dia menarik perhatian ramai bukan disebabkan orang mengenalinya tetapi kerana kostumnya berjaya menampakkan Heidi sangat tua. Untuk parti yang dianjurkannya itu, dia tampil dengan blaus flora, skirt pendek, rantai mutiara, dan tongkat cukup menjelaskan fesyen seorang perempuan berusia.
Tidak hanya itu, solekan efek muka kedut, rambut palsu hampir botak dan yang paling mengagumkan ramai adalah kulit badan yang menampakkan urat telah mengubah hos cantik itu 50 tahun lebih tua dari usianya.


Sebelum majlis bermula dia ada berkongsi dengan peminat di Twitter persediaannya menjadi tua. Untuk foto pertamanya setelah siap disolek dia menulis kapsyen untuk foto itu yang berbunyi "Ok guys ..... here I go into the future” atau “Ok semua, inilah saya (Heidi) di masa akan datang”.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog