4 November 2013

Posted by jinson on 4.11.13 No comments
Sekadar gambar hiasan/www.mstar.com.my
BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu lori yang sedang meraikan Hari Deepavali di rumahnya cedera diserang di Taman Perwira, Permatang Tinggi di sini Sabtu lepas. Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 42 tahun itu berada di rumah bersama keluarganya bagi meraikan Hari Deepavali sebelum didatangi seorang lelaki yang dikenalinya pada pukul 2.30 petang.
"Lelaki berkenaan dikatakan marah dan pergi ke rumah pemandu lori itu kerana mendakwa anak saudara mangsa (pemandu lori) memandu kereta dalam keadaan laju dan hampir melanggar adiknya dalam kejadian pada Jumaat. "Dia turut mengugut untuk membunuh anak saudara mangsa dan lelaki itu bertindak mengambil batu bata di luar rumah itu serta memukul mangsa. Dia turut memecahkan tingkap rumah itu sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa minit selepas kejadian itu, dua lelaki berusia 20-an bersenjatakan dua bilah pedang samurai ke rumah pemandu lori berkenaan, tetapi kedua-dua lelaki yang tidak dikenali itu tidak dapat memasuki kediaman pemandu lori itu kerana pintu pagar rumahnya berkunci. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
Pemandu lori berkenaan cedera di muka serta beberapa bahagian badan dan dirawat di sebuah hospital swasta di sini, katanya sambil memberitahu polis sedang mengesan dua lagi lelaki yang bersenjatakan pedang samurai itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog