Menerusi laporan pengacara Ajieb Rosdi di laman Yohaeng Ajieb di Astro Gempak, Ajieb yang sedang menanti hari untuk berhijrah sepenuhnya ke Korea Selatan dalam waktu terdekat ini ada memasang hasrat untuk mengambil anak angkat dari Korea Selatan.
Malah, Ajieb turut berkongsi juga pengalaman beliau menjadi ahli sukarelawan di sebuah rumah anak yatim di Hongdae, Seoul, sepanjang dia menjalani latihan intensif di Mnet Academy Korea dari April hingga Ogos lalu. Berdasarkan laporan berkenaan, portal murai.com.my difahamkan bahawa Ajieb banyak menerima kiriman emel dan mesej dari fanpage rasmi Ajieb iaitu BFA (Best Friend Ajieb) yang mana ramai wanita menunjuk minat untuk mengambil anak angkat dari Korea Selatan.
“Syukur Alhamdulillah, cerita saya mengenai anak angkat di Korea mendapat respon yang baik. Sesungguhnya, saya sama sekali tidak menyangka, ramai wanita yang sudah berumahtangga dan masih belum mempunyai anak menghantarkan luahan rasa mengenai zuriat. “Insya-Allah, saya akan cuba membantu mereka dalam merealisasikan impian mereka untuk mengambil anak angkat dari Korea Selatan. Setakat ini,saya pun masih belum sah lagi untuk mengambil anak angkat di sana, saya hanya ahli sukarelawan saja di situ.
“Apapun, saya difahamkan, masih belum ada lagi warga Malaysia yang mengambil anak angkat dari rumah yang didiami lebih 60 bayi yang berusia dari 1 hari sehingga 12 bulan. Saya akan cuba usulkan hasrat ini kepada badan kebajikan di Korea Selatan,” katanya kepada murai.com.my. Dalam pada itu, Ajieb telah menerima maklum balas dari rakannya di Korea Selatan bernama MiRi iaitu seorangpenyanyi di Korea Selatan yang menjadi pencentus anak muda untuk menjaga bayi-bayi ini dengan mengatakan bahawa hasrat murni rakyat Malaysia ini sudah pun diketahui pihak disana.
“Pendekatan yang Ajieb buat ini sesuatu yang baru. Saya sama sekali tidak menyangka, Ajieb seorang yang pandai menjaga bayi. Melihat cara dia mendekati banyak, ramai melihatAjieb mesra bayi. “Hatinya amat dekat dengan bayi. Setiap bayi di sini amat menyukai dia. Saya sedang dalam usaha menunaikan hasrat peminat Ajieb yang turut berminat untuk mengambil anak angkat dari sini. Saya berharap ia bertemu jalan mudah danmendapat sokongan dari pihak Korea. “Saya juga menyokong karier Ajieb di Korea Selatan. Saya tahu, usahanya selama ini ikhlas.
Setiap orang di sini mudah mesra dengan Ajieb,” ujar MiRi. Seandainya anda berminat untuk mengetahui cara yang telah ditetapkan oleh badan kebajikan berkenaan,anda boleh layari lawan web adoption.eastern.or.kr.
0 ulasan:
Catat Ulasan