Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy akui muzik video nyanyian Awi Rafael dan Altimet, Kalau Aku Kaya merupakan muzik video yang termahal yang pernah dikeluarkan oleh syarikat rakaman itu iaitu menelan belanja sebanyak RM30,000.
Darren Choy berkata sudah tiba masanya pihak pengurusan berkenaan menaik taraf kualiti muzik video untuk penyanyi- penyanyinya di bawah naungannya.
“Kos pembikinan muzik video ini sahaja sudah menelan belanja sebanyak RM30 000 dan ia tidak termasuk kos untuk mempromosikan muzik video inil agi.
“Saya akui memang pelaburan untuk muzik video ini agak mahal, namun saya rasa ia berpatutan dengan hasil dan kualiti yang diberikan.
Lagipun sudah tiba masanya kami menaik taraf kualiti muzik video untuk penyanyi di bawah naungan kami.
“Terus-terang, saya berpuas hati dengan hasil kerja tangan Ravi sebagai pengarah muzik video ini kerana saya tahu dia seorang yang hebat dalam bidang pengiklanan dan muzik video di dalam industri hiburan India di Malaysia,” katanya selepas pelancaran Muzik Video Kalau Aku Kaya di MalaysianPetroleum Club, tingkat 42, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), kemarin.
Terdahulu, Awi dan Altimet sudah pun tampil dengan muzik video lirik yang telah dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube.Namun muzik video tersebut merupakan muzik video lirik sahaja.
Darren memberitahu selepas muzik video lirik itu mendapat sambutan sehingga telah meraih lebih 2 juta pelayar yang menonton muzik videotersebut, kini sudah tiba masanya mereka tampilkan muzik video sebenar khas buat peminat lagu Kalau Aku Kaya yang sering bertanyakan mengenainya.
“Sebenarnya selepas lagu Kalau Aku Kaya semakin dikenali dan popular, ramai yang mencari muzik videonya di Youtube, padahal kami belum hasilkannya lagi. Jadi ketika itu kami buat keputusan untuk keluar dengan muzik video lirik dahulu.
“Tapi selepas itu, ramai pun yang tanya bila kami hendak menghasilkan muzik video rasmi lagu ini. Selepas melihat sambutan yang menggalakan itu jadi kami rasa ada baiknya kami hasilkan kini ketika lagu ini masih popular,” jelasnya lagi.
Muzik video yang dihasilkan sepenuhnya dalam masa sebulan setengah itu mengambil lokasi penggambaran di sekitar Grik, Perak untuk AwiRafael dan Altimet pula di showrrom kereta di sekitar Kuala Lumpur.
Selain YouTube, Muzik Video Kalau Aku Kaya akan disiarkan di MTV Asia tidak lama lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan