5 November 2013

Posted by jinson on 5.11.13 No comments
MAYAT ditemui dibungkus dalam selimut di bawah jambatan Sungai Tengi/Pic:Harian Metro
MAYAT ditemui dibungkus dalam selimut di bawah jambatan Sungai Tengi 

TANJONG KARANG: Orang ramai yang melalui kawasan bawah jambatan Sungai Tengi, berhampiran Pekan Tanjong Karang, di sini, gempar dengan penemuan mayat lelaki reput dan berbau busuk, petang semalam. Lebih mengejutkan, mayat ditemui jam 1.15 tengah hari itu dipercayai dibunuh kerana dibungkus dengan kain selimut selain mempunyai tali dijerut pada leher.
Selain itu, mayat lelaki terbabit juga diikat dengan seketul batu dipercayai untuk ditenggelamkan dan menghapuskan bukti. Menurut sumber, terdapat tali nilon berwarna hijau pada leher mangsa. “Ketika ditemui, mayat masih berpakaian lengkap iaitu kemeja berkolar berwarna kelabu dan seluar panjang warna biru muda berserta tali pinggang jenama Doula.
“Keadaan mayat ketika ditemui hanya tinggal tengkorak selain bahagian badannya hanya tinggal tulang kerana daging pada tubuhnya juga mereput,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat daripada orang awam jam 1.15 tengah hari.
Menurut beliau, siasatan mendapati mayat yang ditutup dengan selimut itu berhampiran dengan tebing sungai ketika air surut dan anggotanya terpaksa mengikat mayat itu pada kayu berhampiran sementara menunggu pasukan forensik tiba ke tempat kejadian. Katanya, mayat ditemui lengkap berpakaian dan polis masih menunggu laporan bedah siasat mengenai identiti mayat berikutan keadaannya yang reput. “Mayat dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat lanjut bagi mengetahui identiti sebenar dan tempoh lelaki itu dibunuh.
“Kami percaya mangsa sudah lama mati berdasarkan pada mayat mereput namun siasatan lanjut masih dijalankan dan punca kematian hanya boleh diketahui selepas bedah siasat dijalankan esok (hari ini),” katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog