10 Oktober 2013

Posted by jinson on 10.10.13 No comments
.Penerbit filem dan pelakon Rosyam Nor menyifatkan kegilaan terhadap penggunaan laman sosial seperti Twitter boleh menjadi satu perdebatan jika pengguna memuat naik mesej-mesej yang boleh menimbulkan kemarahan. Bercakap keada mStar online, Rosyam berkata, penggunaan laman sosial berkenaan sepatutnya digunakan ke arah yang lebih positif jika tidak, ia boleh merosakkan pemikiran manusia tanpa sedar. "Sekarang ini orang ramai guna Twitter untuk luah perasaan dan ia menjadi satu perkara yang normal. "Secara tidak sedar, ada yang mengaibkan diri sendiri, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain sehingga ia menimbulkan pergaduhan," katanya. Sementara itu, Rosyam juga gembira apabila watak Tailong dalam filem KL Gangster 2 lakonannya benar-benar memikat hati penonton sehingga membuatkan peminatnya lupa dengan watak lama dia dalam filem Castello. "Saya gembira Tailong benar-benar memberi kesan yang sangat mendalam buat penonton. Selepas ini filem Balistik pula bakal muncul. "Harap-harap lakonan saya dalam filem tersebut juga memberi kesan buat penonton," tuturnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog