10 Oktober 2013

Posted by jinson on 10.10.13 No comments
asia music festival berjaya satukan negara-negara asia
Acara yang julung kalinya diadakan, Asia Music Festival (AMF) yang dihadiri lebih kurang 10000 pengunjung dari serantau Asia berlangsung dengan meriahnya di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri pada 4 dan 5 Oktober lalu.
 Persembahan penyanyi daripada seluruh Negara Asia sepertidari India, Korea, Indonesia, Brunei, Filipina dan Malaysia itu seolah-olah seperti mudah diterima oleh semua penonton yang terdiri daripada pelbagai negara termasuk penonton dari Eropah yang turut hadir. Malah acara sebegitu dilihat seperti dapat menyatukan negara-negara Asia hanya dengan muzik.
 Malah persembahan daripada penyanyi tradisional India iaitu Tritha antara persembahan yang menjadi tarikan ramai terutama daripada penonton tempatan sendiri walaupun bahasa yang digunakan tidak difahami. Mereka telah bersorak dengan teruja apabila melihat gaya serta wajah penuh eskpresi peyanyi itu ketika menyanyi.
 Selain Tritha, India turut diwakili seorang lagi penyanyi iaitu Antoney Dassan YenParty. Malaysia juga menampilkan barisan artis yang berjaya menarik perhatian ramai penonton apabila menampilkan penyanyi-penyanyi seperti Bob Yusof, Starlets Band, Hevance, The Mountain Wind Band dan Melissa Francis. Suara BobYusof memang berjaya memukau ramai penonton yang hadir dengan vokalnya yang sangat hebat selain bijak berlawak jenaka.
 Manakala Starlets band pula berjaya mengembalikan penonton dengan lagu-lagu dari era 80-an. Sementara itu, Thailand pula tampil dengan barisan pemuzik tradisional yang mahir bermain alat muzik, seperti Trumpet, Gitar, Bass, Drumdan sebuah alat muzik tradisional dari Thailand. Boy Thai Band yang menampilkan 6 pemuzik itu, berjaya menarik penonton dengan muzik dan cara persembahan yang mereka tonjolkan.
 Malah ketuanya iaitu pemain Trumpet turut mencuri tumpuan dengan turun dari pentas dan mendekati penonton.
 Penyanyi dari Korea Selatan juga tidak ketinggalan menyertai AMF. Mereka tidak menampilkan penyanyi K Pop yang biasa hanya hebat dalam tarian dan nyanyian sebaliknya kumpulan V Star yang terdiri daripada 4 orang anggota itu hebat dalam bermain alat muzik tradisional dari negara mereka. Filipina juga turut menyertai AMF dengan menampilkan band bernama Bemboi Rockers.
 Band yang terdiri daripada pemuzik berusia lewat 30-an itu menampilkan muzik country yang tetap menjadi tarikan penonton. Negara seberang Indonesia pula telah membuat dua persembahan yang berbeza, iaitu satu daripadanya adalah band yang mengetengahkan muzik tradisonal mereka iaitu band, Soesah Tidoer. Manakala kumpulan ala K Pop iaitu Foxy Girl pula menyampaikan lagu-lagu pop dangdut dan R&B. Penyanyi, Fakhrul Razi pula mewakili Brunei dengan menyampaikan lagu-lagu popular dari Malaysia dan luar negara serta tdak ketinggalan beberapa lagu nyanyian asalnya.
 Seiring dengan objektifnya yang mahu menarik masyarakat Asia di negara jiran Brunei, Singapura dan negeri jiran-jiran dari Sabah dan Semenanjung Malaysia serta orang-orang di Indonesia, Singapura dan rantau ini ,acara itu turut disertakan dengan karnival pada waktu petang yang menjanjikan pelbagai keseronokan daripada permainan serta makanan tradisi.
 Dalam usaha untuk memberi publisiti yang meluas untuk acara yang berprestij ini, syarikat penerbangan Air Asia telah membawa rombongan wartawan serta jurufoto dari semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri sebagai penaja penginapan.
 Ia dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak, yang disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian PelanconganSarawak dan disahkan oleh Pelancongan Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog