KEADAAN kapal terbang yang terbabas merempuh sebuah rumah petang tadi.
KUDAT: Satu dipercayai mati, tiga dilaporkan cedera parah selepas sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik Maswings tergelincir dan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Kudat di sini hari ini. Difahamkan dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.50 petang itu pesawat berkenaan yang membawa 16 penumpang terbabas dan merempuh rumah di Kampung Sinsan.
Laporan tidak rasmi menyatakan mangsa yang terbunuh adalah pembantu juruterbang. Ketua Pasukan Penyelamat, Abd Mujun, berkata seramai 11 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin juga mengesahkan perkara yang sama.
"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian. "Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya. Punca kejadian sedang dalam siasatan. Sementara itu, syarikat penerbangan terbabit mengesahkan kejadian tersebut dalam satu kenyataan. "Kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang dan ketika pesawat DHC6 9M-MDM MH3002 dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Kudat.
"Kesemua penumpang berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya. "Tiada kematian dilaporkan setakat ini (kenyataan akhbar)," akhirinya. Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.
JURUTERBANG, yang masih belum dikenal pasti, dilaporkan salah seorang daripada mangsa kemalangan tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan