KUALA LUMPUR: Ahli keluarga jemaah haji dari Malaysia dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan keselamatan jemaah di sana susulan kejadian banjir besar yang melanda Madinah. Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Daud Che Ngah, ketika dihubungi Admin sebentar tadi telah mengesahkan perkara itu dan tiada jemaah Malaysia yang terlibat dalam kejadian banjir itu.
Menurut Ustaz Daud, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai Tabung Haji malam tadi. "Kami ada bermesyuarat dan Lembaga Tabung Haji(LTJ) memaklumkan mengenai perkara itu namun jemaah kita tidak terlibat kerana kami semua berada di Mekah ketika ini. "Walau bagaimana pun, pihak LTJ telah memeberi amaran mengenai ribut dan di Arafah dan mengarahkan semua kakitangan supaya memaklumkan kepada jemaah untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Katanya, kesemua jemaah Malaysia kini masih berada di Mekah dan akan berangkat ke Padang Arafah pada Isnin ini untuk menunaikan ibadah wukuf disana. "Kami akan berangkat kesana pada Hari Raya Aidiladha nanti", jelasnya yang ketika ini turut berada di Mekah mengiringi jemaah haji.
"Bagaimana pun saya dimaklumkan banjir yang melanda hanya beberapa jam dan kini telah pun surut," akhirinya. Laporan tidak rasmi memaklumkan bahawa banjir yang melanda adalah berpunca daripada empangan air yang pecah di Madinah bukannya Arafah seperti khabar angin yang mendakwa banjir itu berlaku di Arafah.
Penerbangan haji pertama berlepas 7 September lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah, Arab Saudi dengan 450 jemaah. Sejumlah 22,320 jemaah akan menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini dan bertolak secara berperingkat berakhir 19 November ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan