9 Oktober 2013

Posted by jinson on 9.10.13 No comments
alt
Sejak isu cetak rompak filem arahan beliau, KL Gangster 2, Syamsul Yusof memilih untuk berdiam diri dari memberikan sebarang maklumbalas kepada peminat mahu pun media termasuklah tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem tersebut.
 Namun lewat malam tadi, Syamsul Yusof melalui akaun Twitter yang menjadi medan untuknya berkomunikasi dan beliau seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Sharifah Amani yang juga diluahkan melalui Twitter.

.
Sementara status anak kepada guru lakon Fatimah Abu Bakar ini seperti tidak berpuas hati dengan layanan pilih kasih oleh pihak tertentu yang memihak kepada KL Gangster 2.

.
Di atas merupakan salah satu kemaskini Twitter Sharifah Amani terdahulu dan anak seni ini turut menulis yang beliau meluahkan apa yang terbuku kerana sayangkan industri perfileman tempatan dan mahu semua pihak yang terlibat untuk konsisten serta sistematik.
 Menjawab kemaskini Syamsul Yusof yang mempersoalkan motif kenyataan Sharifah Amani itu, aktress ini membalas yang ianya bukan bersifat peribadi tetapi lebih kepada terganggu dengan sistem pilih kasih yang berlaku dan tidak berniat mempersoalkan rezeki Syamsul Yusof.

.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog