"Berdiam bukan beerti bersalah atau tidak benar. Saya ada hak untuk berdiam diri", itu kata pelakon Aeril Zafril ketika di serbu pihak media di lokasi penggambaran telefilem 'Cinta Mat Sempit' di Tasik Ampang Hilir, hari ini.
Aeril berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan perkahwinan rahsia dia dan pelakon Wawa Zainal yang dilaporkan oleh akhbar sisipan BiPop, Ahad lalu. Tambah Aeril lagi, dia sudah bersedia menjelaskan segala persoalan yang menjadi tanda tanya ramai pada hari Jumaat ini dalam satu sidang media khas.
"Buat masa sekarang saya tidak boleh komen hal peribadi saya. Pada Jumaat ni selepas solat Jumaat saya akan adakan sidang media. Pada hari itu Wawa Zainal juga akan hadir. Kami akan menjawab semua persoalan satu persatu selama ini menjadi tanda tanya anda semua. "Tapi pada hari ini saya tidak boleh membuat apa-apa kenyataan kerana saya mahu menunggu Wawa ada bersama.
Saya tidak larikan diri. Saya hanya menangguhkan untuk memberi penjelasan sehingga sidang media itu nanti", katanya lagi. Sementara itu pengurusnya Shariman Wahab berkata, jika ada pihak yang mahu mengemukakan sebarang bukti tentang pendedahan tersebut boleh lah membawanya pada hari itu.
"Kami cabar mana-mana pihak membawa bukti dan sidang media itu nanti akan direkod untuk rujukan mahkamah", katanya. Menurut Aeril, dia menggunakan khidmat peguam kerana isu yang timbul ini telah memberi impak yang besar terhadap dirinya.
0 ulasan:
Catat Ulasan