9 Oktober 2013

Posted by jinson on 9.10.13 No comments
one republic bakal gegarkan sunway lagoon 31 oktober
KUALA LUMPUR, 9 OKTOBER 2013: "Ke mana sahaja kami pergi, peminat akan memberitahu bahawa kami adalah idola mereka dan ia seolah-olah kami telah lama mengenali mereka dan menuliskan lagu untuk mereka.
 Sebagai band daripada Amerika Syarikat kami ingin memberi aspirasi dan menghubungkan para peminat. Dibarisi vokalis yang juga pencipta lagu ternama, Ryan Tedder sendiri, One Republic kini dalam rangka siri jelajah mereka yang diberi nama One Republic Native Tour yang akan berlangsung di Malaysia pada 31 Oktober ini dibawakan khas oleh JS Concert dan Hotlink, perkhidmatan servis pra-bayar oleh Maxis yang menjadi penyokong utama Malaysia Major Events (MME) yang ditubuhkan dibawah kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia.
 Bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon kumpulan rock ini akan menghiburkan peminat mereka dengan seleksi lagu-lagu hits mereka seperti Stop And Stare, All the Right Moves, Secrets, Good Life dan sudah tentunya Apologize. Mereka juga akan memainkan single terbaru mereka iaitu Feel Again dan If I Lose Myself dipetik daripada album terbaru mereka, Native. Dilancarkan pada penghujung Mac lepas, Native cuba digambarkan sebagai medium atau perantara buat kumpulan ini mendekati peminat mereka daripada seluruh dunia.
 Antara ucapan Ryan mengenai pemilihan nama album serta siri jelajah ini. Berbeza dengan album sebelum, Native tampil dengan rentak yang lebih rancak berbanding hits-hits mereka sebelum ini yang boleh diklasifikasikan berentak slow rock serta agak melankolik. Ini sebagai langkah mereka membawa muzik mereka merentasi genre muzik lain dan sebagai salah satu cara One Republic bereksperimentasi. Kedengaran seperti sesuatu yang menarik menanti peminat One Republic di Malaysia dan jangan lepaskan peluang anda untuk menonton konsert One Republic Native Tour pada 31 Oktober ini di Surf Beach Sunway Lagoon, Bandar Sunway.
 Konsert dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam. Lawatilahwww.ticketpro.com.my dan semua kaunter Ticket Pro seperti Rock Corner, Victoria Music dan Guitar Store berdekatan anda. Hubungi 03-7880 7999 serta www.jsconcert.com untuk maklumat lanjut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog