Peminat penyanyi dari Taiwan, Leehom Wang atau Leehom pastinya akan melonjak gembira kerana artis yang dibesarkan di Amerika Syarikat (AS) itu bakal muncul di butik fesyen Coach, The Gardens esok petang.
Bukan sekadar Leehom, malah selebriti popular tanah air seperti Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Nazim Othman dan Nadiya Nisa akan turut hadir pada majlis berkenaan yang bakal diserikan dengan pelbagai aktiviti fesyen terhebat. Bercerita serba sedikit tentang pembabitannya bersama Coach, Leehom dalam kenyataannya berkata, jenama berkenaan sudah sinonim dalam hidupnya apatah lagi dia telah dibesarkan di AS buat sekian lama.
“Bagi saya Coach sangat moden tetapi mempunyai latar belakang yang sangat dihormati dalam pembuatan tangan. Nilai-nilai itu yang menjadi keutamaan saya dan tidak sabar untuk menunggu kerjasama yang dilakukan ini,” katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan, Coach Asia Tenggara, Andrew Stanleick berkata, pemilihan Leehom bertepatan sekali bagi mewakili kejayaan Coach pada hari ini. “Kerjasama ini diharap dapat meluaskan lagi tanggapan orang ramai terhadap Coach terutama mendahului pasaran sebagai sebuah jenama terunggul untuk aksesori wanita,” katanya dalam satu kenyataan.
0 ulasan:
Catat Ulasan