Sebaik saja penyanyi lagu Nadiku, Sabhi Saddi mengumumkan bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, Admin mula jarang mendengar lagi cerita mengenai dirinya.
Namun, Admin mendapat tahu, Sabhi yang pernah menjadi peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua ini masih lagi aktif dan meneruskan kariernya sebagai penyanyi.
Pun begitu, Admin amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa Sabhi ketika ini sedang menderita sakit.
Tidak diketahui sakit apa sebenarnya, Admin dengar cerita Sabhi sedang dirawat di hospital dan bakal menjalani pembedahan.
Apapun sakitnya, Admin doakan semoga Sabhi cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
Yang penting, usaha Sabhi kini bukan untuk rezekinya seorang saja, yelah, anaknya sudah pun semakin besar dan begitu juga tanggungjawabnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan