Menerusi pengakuan penyanyi Dior Sharil dalam akbar Utusan semalam yang mengatakan tiada lagi artis Malaysia membuat rakaman lagu di Korea Selatan membuat ramai peminat keliru dan tertanya-tanya.
Kekeliruan ini turut dirasai Admin dan ia berbangkit memandangkan pengacara Ajieb Rosdi sebelum ini baru saja menamatkan peraduan teka tajuk lagu K-Pop nyanyiannya yang dijalankan di laman Astro Gempak melalui laman www.astrogempak.com.my/yohaengajieb.
Setahu Admin, lagu tersebut yang masih belum mempunyai tajuk telah dirakam sepenuhnya di Korea Selatan dan dicipta oleh komposer yang banyak membuat lagu untuk artis K-Pop.
Jadi, macam mana pula Dior boleh beri kenyataan masih tiada lagi artis Malaysia yang cipta nama atau buat rakaman di Korea Selatan. Bagaimana pula dengan kes Mizz Nina yang berduet dengan Jay Park? Bukankah lagu itu juga dirakam di Korea Selatan?
Admin dapat tahu lagi, dari kenyataan Dior ini, peminat telah bertanya dan meminta respons Ajieb menerusi laman twitter dan facebooknya.
Pun begitu, Admin ada terbaca status yang dikeluarkan Ajieb. Admin rasa ia ada kaitan dengan Dior.
아 집Ajieb Rosdi @AjiebRosdi
dear#kpopers. Thanks respond about yesterday news. Rightnow, I cant say anything until my Korean management approved to say. Thanks
Nampaknya, Admin kena tunggulah dulu jawapan rasmi mengenai persoalan ini.
Yang penting, Admin tidak mahu pandai-pandai bagi pendapat kerana takut fakta salah. Yelah, ini bukan saja melibatkan industri Malaysia tetapi ia turut melibatkan industri muzik K-Pop yang sedang menakluk dunia.
0 ulasan:
Catat Ulasan