Pelakon Almy Nadia mengakui memaafkan bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon, Fizz Fairuz dan berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan mereka.
Memetik kenyataan di Utusan, jelas aktres berusia 27 tahun itu, dia bertindak sedemikian kerana yakin Fizz kini sudah banyak berubah berbanding sebelumnya dan tidak salah baginya untuk memaafkan individu yang sedia untuk berubah.
"Bagi saya tidak guna kami bersengketa kerana bidang ini kecil sahaja. Jika kami bermasam muka adalah lebih sukar untuk berada dalam bidang ini, jadi saya terima permohonan maaf daripada dia. "Tentang hubungan antara kami kini, saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana saya seorang wanita dan biarlah ia menjadi rahsia buat waktu ini.
"Apa yang boleh saya harapkan adalah masyarakat khususnya peminat agar sentiasa mendoakan yang terbaik sama ada buat saya dan juga Fizz," jelasnya. Sebelum ini, Almy dan Fizz pernah bercinta selama tujuh tahun tetapi putus di tengah jalan pada sekitar 2011 sebelum Fizz bertunang dengan wanita lain yang kemudian didakwanya sebagai isteri orang.
0 ulasan:
Catat Ulasan