RUMAH tempat seorang anggota polis berpangkat sarjan terlepas tembakan yang mengenai seorang budak lelaki ketika mangsa melalui jalan tar mini (kanan) di Kampung Belanja Kiri dekat Parit, Perak kelmarin.
PARIT: Seorang anggota polis tidak menyangka kepulangannya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga mertua di Kampung Belanja Kiri dekat sini berakhir dengan tragedi kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, suspek yang berpangkat sarjan dipercayai terlepas tembakan menyebabkan seorang budak lelaki cedera parah.
Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, yang cedera di leher dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi menjalani pembedahan membuang peluru di dalam kerongkongnya.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota itu yang duduk di atas tangga di hadapan rumah mertuanya sedang mengosongkan peluru daripada pistol jenis P99.
"Tiba-tiba satu das tembakan terlepas mengenai leher seorang budak lelaki yang kebetulan lalu di hadapan rumah mertua anggota tersebut.
"Mangsa yang cedera rebah di atas jalan tar mini mini dan dikejarkan ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan " katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan