Penyanyi Adam yang baru saja sah menjadi suami kepada penyanyi dan pelakon, Fiza Elite dikhabarkan bakal mengakhiri kariernya sebagai artis. Ia diperkuatkan lagi apabila lagu terbarunya iaitu Penggodam Jiwa dikatakan lagu terakhir daripada Adam.
“Saya masih terus menyanyi. Lagu Penggodam Cinta bukan lagu terakhir daripada saya. Tapi mungkin ia berkemungkinan besar adalah lagu terakhir berentak dance. “Mungkin selepas ini, saya akan menyanyikan lagu-lagu berentak slow,” katanya kepada Admin.
Dalam pada itu, Adam juga tidak pula terfikir untuk membuat pakej persembahan atau lakonan bersama isterinya yang juga seorang penyanyi. “Saya tetap akan beri keizinan untuk Fiza berlakon. Untuk menyanyi bersama,mungkin ya atau mungkin tidak. “Lagi pun, Fiza dah lama tidak menyanyi. Saya lebih banyak menyanyi berbanding Fiza yang lebih banyak berlakon.
“Bagaimanapun, seandainya ada tawaran untuk kami berlakon bersama.Insya-Allah, tawaran tersebut akan dipertimbangkan lagi,” jelasnya. Istimewa untuk pembaca Debot, pasangan ini telah meluahkan rahsia perkenalan mereka dalam sesi temubual istimewa yang akan disiarkan di TV bersama pengacara Ajieb Rosdi.
0 ulasan:
Catat Ulasan