Isu perkahwinan antara Wawa Zainal dan Aeril Zafrel belum pun reda namun timbul pula isu baru apabila akhbar Berita Harian mendedahkan yang Wawa sebenarnya adalah tunangan orang sewaktu dia mengahwini Aeril.
Menurut laporan akhbar Berita Harian hujung minggu lalu,seorang guru yang dikenali sebagai Abdul Rashid mengaku bahawa dia dan Wawa pernah mengikat tali pertunangan pada Jun 2010 atas desakan keluarga Wawa.
Bagaimanapun, majlis tersebut tidak dihadiri oleh Rashid danWawa kerana mereka berdua berada di Kuala Lumpur dan hanya disempurnakan oleh kedua-dua belah keluarga mereka sahaja di Lahad Datu, Sabah.
Menurut Rashid lagi, dialah yang membawa Wawa berhijrah ke Kuala Lumpur bagi memulakan hidup baru sehinggalah pelakon itu bernaung dibawah MIG.
Namun, bagi mematuhi kontrak syarikat Wawa itu, mereka merahsiakan hubungan itu dan Rashid sanggup menunggu lima tahun lagi bagi memberi laluan kepada pelakon itu untuk membina kariernya.
Menurut guru tersebut lagi, dia hanya mengetahui berita perkahwinan Wawa pada Selasa lalu selepas diberitahu oleh seseorang, namun tidak mengendahkan sehinggalah pelakon itu sendiri menghubunginya pada hari Rabu.
“Sebenarnya tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya menghentikan menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu.
Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki diKuala Lumpur”, jelas Rashid.
Katanya lagi, pelakon itu kemudiannya mengaku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
“Jujurnya saya tersentak dan sebak sebenarnya apabila Wawa mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak sedangkan pertunangan kami belum diputuskan.
Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tidak kisah untuk melepaskannya.
“Kami pernah berjanji mahu berkahwin selepas habis kontrak antara Wawa dan MIG. Ini kerana Wawa tidak dapat berkahwin kerana terikat dengan kontrak yang tidak membenarkan mereka (para artis naungan MIG) berbuat sedemikian.
Namun hanya saya yang berpegang pada janji tapi nampaknya Wawa tidak ingat dengan janji-janjinya”, jelas Rashid lagi.
Pengakuan Wawa itu membuatkan Rashid segera meminta keluarganya memutuskan pertunangan dan hanya meminta pelakon itu memulangkan cincin dan wang hantaran yang diberikan sebelum ini pada hari Jumaat.
Jumaat lalu, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah membuat pengakuan bahawa mereka telah berkahwin pada pada 25 Februari 2012. Hasil perkahwinan itu, Wawa telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 24 Ogos lalu.
0 ulasan:
Catat Ulasan