15 Oktober 2013

Posted by jinson on 15.10.13 No comments
lagu tema setia hujung nyawa nyanyian fiq bikin ramai cair
Bila terdengar sahaja perkataan Setia Hujung Nyawa, siapa yang tidak tahu kerana drama yang bersiaran sebanyak28 episod di TV3 telah menjadi kegilaan ramai.
Malah lagu temanya yang turut menggunakan judul yang sama dan dinyanyikan oleh Fiq juga turut berjaya mencetuskan impaknya yangtersendiri. Malah, ianya juga berjaya 'mencairkan' hati peminat-peminatnya di seluruh negara. Bahagian klimaks ini menyerlahkan kekuatan vokal Fiq sejurus menyampaikan rasa kesal dengan kehilangan cintanya.
Lagu hasil nukilan sepenuhnya oleh Faz Alberto ini secara keseluruhannya adalah luahan rasa kesal yang muncul di dalam diri terhadap perbuatannya yang telah melukakan kekasih hatinya. Segalanya terasa pedih dan terluka dengan kehilangan cinta hatinya. Lagu ini turut menyentuh perasaan apabila sanggup menanti kepulangan cintanya kembali ke sisinya.
Dia juga sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa agar dapat kembali hidup bersama cinta hati yang pernah dilukainya sehingga ke hujung nyawa. Khas buat peminat setia Fiq, mari jadikan “Setia HujungNyawa” sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*326036# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my.
Setia Hujung Nyawa nyanyian Fiq ini merupakan usahasama Suhan Movie dan Warner Music (M) dan merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd. Lirik lagu

 “Setia Hujung Nyawa” oleh Fiq


Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salahmu resah hatiku
Maafkan diriku melukakanmu

Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar betapa tulus cintamu
Biar apa pun yang menghalangnya
Takkan pernah bisa.. dari diriku
Menjaga cinta mu
Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya
Maafkan diriku melukakanmu

Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog