15 Oktober 2013

Posted by jinson on 15.10.13 No comments
jalani sidek dan zaleha hadir atas jemputan raja azmi
Semalam telah berlangsungnya perkahwinan produser terkenal, Raja Azmi dan pemuzik daripada kumpulan rock CRK, Mohd Eddie di Laman Beringin, Istana Budaya dan majlis tersebut telah dihadiri ramai ahli keluarga serta sabahat daripada kedua belah pihak pengantin.
Antara tetamu selebriti yang paling jadi tumpuan pada malam tersebut adalah bekas suami kepada Raja Azmi iaitu lagenda badminton negara, Jalani Mohd Sidek. Kehadirannya telah ditemani wanita yang selama ini dikatakan kekasih dan ada juga yang mendakwa mereka telah berkahwin iaitu Zaleha Mohd Khalid. Ketika diminta untuk ditemubual, kedua mereka tidak mempunyai sebarang masalah dan telah memberi kerjasama yang begitu baik kepada wartawan.
Kehadiran Jalani pada malam bahagia Raja Azmi atas jemputan daripada pengantin perempuan itu sendiri. “Saya ucapkan tahniah kepada Raja Azmi dan Eddie, semoga hubungan mereka kekal bahagia sampai bila-bila. Saya mengenali Eddie dan pernah bertemunya beberapa kali. Dia seorang yang baik dan memahami Raja Azmi.
“Dalam sebuah perkahwinan itu, yang penting adalah kedua-dua suami isteri harus saling memahami. Persefahaman itu yang akan membawa ke akhir hayat,” ucap Jalani kepada bekas isterinya, Raja Azmi. Zaleha yang turut ditanya mengenai kehadirannya pada majlis tersebut namun enggan mengulas mengenai status hubungan di antaranya dengan bekas suami Raja Azmi tersebut. “Saya hadir pada malam ini atas jemputan daripada Raja Azmi sendiri.
Saya harap perkahwinannya kekal bahagia dan tahniah saya ucapkan. “Mengenai status hubungan saya dan Jalani, kami akan beritahu kemudian. Kami hadir bersama pada malam ini atas jemputan daripada Raja Azmi,” jawab Zaleha ringkas apabila ditanyakan mengenai hubungannya dengan Jalani. Kehadiran Jalani dan Zaleha telah menjadi tumpuan pada malam itu setelah kisah hubungan mereka telah tersebar sekian lama hingga kepada kisah perceraian Jalani dan Raja Azmi pada tahun lalu.
Namun begitu, Raja Azmi pernah memberikan kenyataan kepada pihak Debot bahawa Jalani merupakan teman baiknya walaupun mereka tidak lagi bergelar suami isteri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog