14 September 2013

Posted by jinson on 14.9.13 No comments

Seorang peniaga hari ini telah menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam.
 N. Murugan, 33, yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini sekitar jam 9.30 pagi.


Murugan yang menggunakan nama Murugan Nagaretinam telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman sosial Facebook berbahasa inggeris iaitu “Can anyone just hire gunman to shoot down this police or IGP?
”(Bolehkah seseorang mengupah penembak untuk menembak mati polis atau KPN?) Ianya susulan laporan polis yang mengesahkan telah menembak mati dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, Melaka, semalam.
 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah telah mengeluarkan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi bagi siasatan dimulakan berhubung kes tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog