14 September 2013

Posted by jinson on 14.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30 akhirnya mengumumkan beliau bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan kekasihnya yang juga merupakan ahli perniagaan dan perunding keewangan, Md Zhafran (Zhaf), 30, pada 21 September ini. "Majlis akad nikah kami akan diadakan minggu depan, jam 8 malam di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Kami memilih 21 September tu sebab semua ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak ada pada hari itu nanti. "Sebenarnya, adik Zhafran yang belajar di United Kingdom terpaksa pulang ke London pada 22 haribulan. Jadi oleh sebab kami nak semua ada pada hari itu, jadi kami pilih tarikh tersebut. Kami memilih tarikh perkahwinan ni sejak tiga minggu lalu. "Kami pilih konsep Pakistan kerana saya berdarah kacukan Cina-Pakistan",kata Fouziah yang turut ditemani tunang tersayang di sisi. Berita gembira tersebut dikongsikan pasangan ini sendiri pada sidang media khas yang diadakan di Naz Great Idea, Sri Kembangan, petang tadi. Fouziah turut mengumumkan majlis persandingan mereka bertemakan Pakistan akan diadakan seminggu selepas itu iaitu pada 29 September di Hotel J.W Marriot, Putrajaya.

.Lebih menarik, menurut perancang perkahwinan pasangan ini iaitu Naz, pada majlis ijabkabul nanti, suasana dewan masjid akan didekorasi ala Bandar Agra berlatarkan rona serba putih. Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula bertemakan Songket Tradisional dan akan diadakan pada 5 Oktober depan bertempat di kediaman keluarga Zhafran di Bukit Jelutong, Shah Alam. Pada hari tersebut majlis akan diadakan sebanyak dua sesi iaitu pada sebelah tengahari untuk sahabat dan saudara terdekat. Sementara pada sebelah malam pula untuk para tetamu VIP, rakan-rakan perniagaan dan pihak media. Hubungan cinta Fouziah dan Zhafran terjalin selepas mereka sama-sama mengusahakan perniagaan sarang burung sejak enam bulan lalu. Pasangan ini bertunang pada 1 Jun lalu yang berlangsung di Restoran Asmara Penchala.

.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog