14 September 2013

Posted by jinson on 14.9.13 No comments
Ketam Konfius Menang Akhirnya, Along Terselamat
Setelah tewas untuk dua minggu pertama berturut-turut, akhirnya undian minggu ini telah memihak kepada pasukan Ketam Konfius dalam pertandingan Super Spontan 2013 malam tadi.
 Kemenangan itu membolehkan Ketam Konfius menerima cek berbentuk sumbangan RM5,000 yang akan diserahkan kepada badan kebajikan Psiaku Azwar yang merupakan singkatan kepada Pusat Sokongan Ibu & Anak Kurang Upaya.
 Terdahulu, anggota pasukan Ketam Konfius iaitu Along telah diumumkan sebagai peserta yang diundi keluar oleh rakan-rakan sepasukannya akibat mereka tewas kepada Semut Sentap minggu lalu. Namun kejayaan mereka mencatat kemenangan sewaktu permainan ketiga, Maju Mundur telah menyelamatkan Along dari tersingkir.
 Kemenangan ini juga membolehkan kesemua enam anggota Ketam Konfius iaitu Suhaimi, Nabil, Yus, Shuib, Munir, dan Along sendiri terselamat dari penyingkiran minggu hadapan. Juga diumumkan di awal rancangan ialah ketiadaan Eko (Saywho) dari pasukan Semut Sentap yang terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan.
 Semut Sentap juga terpaksa memilih di antara Johan, Almy, Nurkhiriah, Ajak, Tauke, Jep dan Rahim untuk disingkirkan pada minggu hadapan. Super Spontan 2013 minggu ketiga seperti biasa telah berlangsung dari Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara dan dihoskan oleh pasangan JoHaRa, Ray dan Haniff dari stesen radio ERA fm.
 Kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pula bertindak selaku pengulas bersama Amir Raja Lawak. Satu sambutan hari jadi kecil-kecilan untuk Shuib juga diadakan di penghujung rancangan pada malam tadi. Permainan malam tadi dimulakan dengan permainan Terteruk Di Dunia dan Di Ladang di mana mereka harus menggayakan profesion yang diberikan oleh hos Ray dan Haniff dalam keadaan paling teruk mereka fikirkan.
 Permainan kedua ialah sketsa berabjad di mana tiga orang dari setiap kumpulan akan diberikan satu situasi dan mereka harus memulakan ayat mengikut susunan abjad. Permainan ketiga untuk minggu ini ialah permainan baru yang belum pernah dimainkan dalam Super Spontan sebelum ini. Permainan yang dinamakan Maju, Mundur ini memerlukan tiga orang peserta melakonkan satu sketsa yang diberikan hos.
 Gerak geri mereka akan ditentukan oleh satu suara khas yang akan menyebut Maju untuk mereka teruskan sketsa atau Mundur untuk mereka ulangi semula sketsa yang dilakonkan tadi. Permainan keempat ialah Jurujual Langsung dan setiap kumpulan akan menghantar wakil dengan diberikan satu prop untuk kegunaan mereka.
 Dengan menggunakan kreativiti berdasarkan tema yang diberikan oleh hos, Adibah Noor, mereka perlu berlagak seperti jurujual untuk menjual alat itu. Permainan terakhir ialah Jamuan Cik Kiah, di mana seorang ahli harus meneka siapakah watak yang dilakonkan oleh dua lagi anggota kumpulan mereka dalam satu sketsa.
 Teruskan menonton Super Spontan 2013 di minggu keempat pada minggu hadapan untuk melihat aksi mereka yang seterusnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog