14 September 2013

Posted by jinson on 14.9.13 No comments

Pelakon Aeril Zafrel menganggap penyebaran gambar-gambarnya yang tidak berbaju dalam sebuah blog oleh individu tertentu adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerjayanya yang sedang meningkat naik.
 Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, gambar-gambar itu dirakamkan oleh rakannya beberapa tahun lalu termasuklah ketika dia belum berhijrah untuk menjadi individu yang lebih baik pada ketika ini.
 "Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja.
 "Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya. "Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks.
 Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu," katanya. Tambah Aeril, dia berharap agar penyebar foto-foto bogelnya itu mendapat hidayah dengan segera agar tidak melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog