Atlanta: Seorang remaja dari Georgia yang disabitkan kesalahan menembak seorang bayi dalam kereta sorong dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang untuk parol selepas ibu mangsa meminta hakim menghukum pesalah yang mengambil “nyawa hidupnya.”
De’Marquise Elkins, 18, hanya mendiamkan diri tanpa menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dibacakan di kamar mahkamah kurang daripada dua minggu selepas juri mendapati dia bersalah membunuh Antonio Santiago yang berusia 13 bulan dalam satu cubaan merompak.
Ibu mangsa, Sherry West berkata, dia tidak akan dapat mendengar perkataan pertama yang sepatutnya dilafazkan anaknya. Sherry juga sempat membacakan puisi dengan linangan air mata. “Dia belum sempat untuk tidur di katil bayi,” katanya dalam mahkamah, semalam.
Bayi itu berada dalam kereta sorong ketika dibawa Sherry berjalan-jalan di Brunswick sebelum ditembak di antara dua matanya pada 21 Mac lalu. Elkins menembak bayi terbabit selepas Sherry enggan menyerahkan dompetnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan