Kami rasa baru sahaja ada terbaca kisah Alyah yang mahu memboikot sebuah akhbar kerana menulis tentang dirinya yang menunggu pinangan Dato’ Ramli MS, ada pula timbul gossip baru.
Portal hiburan Admin menulis yang ada khabar mengatakan pasangan Dato’ Ramli MS & Alyah telah kahwin senyap senyap & berita ini datangnya dari kawan yang rapat dengan pengarah muzik itu sendiri. Alyah & Ramli MS mengambil keputusan untuk berkahwin selepas Alyah berhijrah dan bertudung kira kira dua bulan yang lalu & kini khabarnya juga mereka sudah pun tinggal bersama di Bandar Kinrara, Puchong. Susah juga untuk percaya cerita ini maklumlah tiada pengesahan sendiri daripada tuan badan tetapi kalau benar hubungan mereka sudah sah, apa salahnya berkongsi cerita dengan peminat. Heh.
0 ulasan:
Catat Ulasan