15 September 2013

Posted by jinson on 15.9.13 No comments
Jules Schratter Tak Boleh Berenggang Dengan Yuna?
Debotnogori perasan komposer, pemuzik dan penyanyi, Yuna dari dulu hingga kini sekerasnya menafikan kisah cintanya dengan lelaki mat salleh yang bernama Jules Schratter. Debot pun tak tahu mengapa sehingga kini Yuna masih lagi mahu merahsiakan hubungannya dengan jejaka kacak itu, sedangkan Jules sendiri pula mengambil pendekatan yang berbeza.
 Maksud pendekatan berbeza Debot itu adalah, Debot lihat Jules seorang terbuka untuk bercerita mengenai hubungan yang terjalin di antara dia dengan Yuna, lebih-lebih dalam laman Instagram miliknya yang sering saja dipenuhi foto-foto serta video bersama Yuna.
 Bukan sahaja foto, malah Debot perasan juga dengan ayat-ayat yang digunakan oleh Si Jules ini, seolah-oleh dia sedang in love giler dengan Yuna. Malah dalam 'caption satu atau dua keping gambar Yuna seorang yang dimuat naik Jules dalam Instagramnya itu, dia turut menyebut bahawa dia adalah lelaki paling bertuah. Apa yang dimaksudkannya dengan bertuah itu, Debot tak pastilah.
 Adakah maksudnya dia lelaki bertuah yang berjaya menambat hati gadis bertudung itu? Atau adakah dia bermaksud hanay dia seorang saja yang berpeluang merakamkan gambar Yuna? Hanya Jules saja yang tahu. Tapi, daripada apa yang Debot perhatikan, Jules memang selalu bersama Yuna.
 Paling manis ketika Jules memuat naik video dia dan Yuna ketika berada di airport. Mereka duduk sambil menyaksikan sunset dan juga kapal terbang yang berlepas di depan mata. Debot rasa time tu diaorang nampak sangat sweet! Hahaha Lebih mengukuhkan lagi hubungan cinta mereka ini, bila Debot dengar mereka sama-sama pulang ke Malaysia untuk temani Yuna untuk mengadakan konsert solonya di Istana Budaya baru-baru ini
Debot dapat tahu, Jules menonton hampir setiap malam konsert Yuna untuk memberi sokongan buat penyanyi dan pemuzik berbakat itu. Dengarnya dia masuk percuma! Wah, bertuahnya Jules dapat menyaksikan konsert Yuna yang harga tiketnya ratusan ringgit itu. Bertuah juga Yuna kerana dapat kekasih mat salleh yang begitu loving dan caring hingga sanggup menamaninya ke mana sahaja. Senang kata Debot tengok mereka ni seperti susahlah nak berenggang!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog