15 September 2013

Posted by jinson on 15.9.13 No comments

Pastinya ramai peminat dunia hiburan tanah air sudah mengetahui bahawa pelakon jelita, Hanez Suraya sudah putus cinta dengan penyanyi daripada negara Singapura iaitu Awi Rafael. Namun setelah tiga bulan kembali solo, aktres jelita ini telah dilihat berpelukan dengan seorang lelaki yang berlatarbelakangkan pantai baru-baru ini.


Dua keping gambar mereka berdua berpelukan mesra kini mula tersebar di laman maya selepas portal Rotikaya mendakwa menerimanya dari salah seorang peminat pelakon itu semalam. Malah aksi tersebut dikatakan dilakukan di sekitar Pantai Pulau Tioman, Pahang.
 Adakah bekas kekasih Awi Rafael itu kini sudah menemui pengganti hatinya atau ia sekadar gimik? Namun jejaka yang sedang memeluknya memang kacak dan mampu mencairkan hati si wanita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog