15 September 2013

Posted by jinson on 15.9.13 No comments
Betul Ke Selepas Ella, Shae Intai Dato` Siti Untuk Berduet?
Bila sebut nama penyanyi, Shae sahaja, Debot pasti teringatkan lagu popular dia iaitu Sayang. Lagu Sayang tu memang tak asing lagi, dari budak kecil sehinggalah ke orang dewasa. Semua orang tahu menyanyi lagu Sayang sekarang ni.
 Debot rasa memang boleh dikatakan sudah jadi fenomena lah. Selain lagu Sayang, nama Shae nampaknya terus menjadi popular. Lebih-lebih lagi apabila bila Shae telah pun merakamkan lagu Sayang dengan berduet bersama Ratu Rock Malaysia iaitu Ella.
 Not bad jugak Debot dengar Ella nyanyi lagu ini. Ia kerana seperti ada elemen rock sedikit pada cara nyanyiannya. Amboi, bukan calang-calang penyanyi yang Shae berpeluang berduet. Debot lihat kolaborasi mereka menarik sangat.
 Selepas Ella, Debot dengar cerita, penyanyi beradah kacukan yang berasal dari Indonesia ini sedang merisik penyanyi tersohor Negara itu Dato' Siti Nurhaliza pula untuk berduet bersama. Betul ker? Lebih mengukuhkan lagi cerita yang Debot dengar ini apabila Siti ada berkongsi video dan gambar bersama Shae dan Awi Rafael di laman Instagram yang datang ke rumahnya, baru-baru ini.
 Hah, mereka dikhabarkan bukannya datang ke rumah SIti saja-saja tau. Malah Siti serta Shae turut menyayi bersama lagu Sayang sambil Awi Rafeal memetik gitar. Wah seronok Debot lihat video nyanyian mereka itu. Suara Siti Nurhaliza memang tidak boleh ditandingi lagi lah.
 Kalau benar mereka akan berkolaborasi, baguslah kerana Debot rasa ianya idea yang sangat menarik. Yelah, bukan senang nak dengar Siti menyanyi lagu yang cathchy macam lagu Sayang tu. Apapun, kita tunggu adakah kolaborasi ini terjadi?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog