16 Ogos 2013

Posted by jinson on 16.8.13 No comments
Presiden YA1M, Datuk DJ Dave serta disaksikan rakan artis, Nash menghulurkan sumbangan RM2000 kepada Yazid ketika lawatan di HKL, petang tadi. Kredit foto Faisol Mustafa.
Presiden YA1M, Datuk DJ Dave serta disaksikan rakan artis, Nash menghulurkan sumbangan RM2000 kepada Yazid ketika lawatan di HKL, petang tadi.

 Pemain drum kumpulan Search, Yazid yang kini sedang menerima rawatan di Institut Nefrologi dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak empat hari lalu sedang menantikan penderma buah pinggang yang sesuai untuknya. "Dua-dua buah pinggang saya dah rosak. Sekarang ni saya kena jalani rawatan dan sedang menunggu penderma buah pinggang yang sesuai. Kalau ada, saya mungkin akan segera jalani pembedahan. "Dulu, ada juga peminat yang pernah suarakan yang mereka nak derma buah pinggang mereka pada saya", katanya yang masih dalam keadaan lemah, ketika ditemui sewaktu lawatan khas oleh Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) di HKL, hari ini. Lawatan khas tersebut diketuai Presiden YA1M, Datuk DJ Dave serta rakan artis, Nash (Lefthanded). Persatuan tersebut turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM2000 sebagai tanda sokongan dan semangat sekaligus bagi meringgankan beban Yazid membiayai rawatan perubatannya. "Beliau (Yazid) adalah rakan seperjuangan yang beitu banyak menyumbang pada industri hiburan Jadi hari ini kami menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringgankan beban beliau. "Saya juga berharap, artis-artis lain yang masih sihat dapatlah meluangkan masa menziarahi beliau juga rakan artis lain yang sedang sakit. Kerana pada saat-saat ini, mereka amat memerlukan sokongan moral dan dorongan daripada kawan-kawan selain ahli keluarga mereka", kata Datuk Dj Dave. Yazid atau nama sebenarnya Yazid Ahmat, 52, dimasukkan ke HKL pada Ahad lalu disebabkan mengalami kegagalan kedua-dua buah pinggang. Sebelum itu, beliau yang berada di Johor Baru ketika itu mengalami sesak nafas lalu dikejarkan ke hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu. Beliau kemudiannya dihantar ke Hospital Keluang sebelum diarahkan menerima rawatan di HKL pada hari yang sama. "Pada Ahad lalu, saya di dia tiba-tiba berasa sesak nafas dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru oleh anak keduanya saya, Shamir. Tapi selepas itu saya minta tukar ke Hospital Kluang, sebab kakak saya tinggal di Kluang dan dia boleh tengok-tengok saya. "Tapi kemudian saya di hantar ke sini untuk rawatan lanjut. Anak saya, Shamir yang jaga saya di sini", tutur Yazid lagi.

Yazid menjalani rawatan dialisis perut (CAPD) kerana kedua-dua buah pinggangnya telah rosak. Kredit foto Faisol Mustafa,
Yazid menjalani rawatan dialisis perut (CAPD) kerana kedua-dua buah pinggangnya telah rosak.

Sementara itu, menurut doktor Sudhaharan Sivathasan yang juga merupakan pakar perubatan Neorologi yang merawat Yazid memberitahu, pemuzik itu kini menjalani rawatan dialisis perut (CAPD) bagi mengawal kuman-kuman yang telah merebak di dalam abdomen badan Yazid. Rawatan tersebut akan diteruskan dalam masa beberapa lagi. "Buat masa ini beliau hanya menjalani rawatan dialisis perut (CAPD) dulu kerana kuman-kuman telah merebak dalam abdomen badannya. Mungkin beliau akan ditempatkan di sini untuk beberapa hari lagi sehingga keadaan beliau benar-benar stabil", kata Sudhaharan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog