Lelaki kurus berkulit gelap itu melangkah perlahan menaiki tangga ke lantai bumbung bangunan yang pernah jadi tempat operasinya menyembelih orang — mereka yang dipercayai anggota atau pendokong Parti Komunis Indonesia (PKI). Di lantai atas itu, dia bercerita dengan terperinci cara bagaimana dia menghabiskan nyawa mereka. Dia tidak ingat berapa orang yang sudah dia bunuh kerana dia sendiri tidak pernah mengira mereka tetapi angkanya mungkin cecah seribu orang. “Saya peragakan boleh, kan?” tanya lelaki itu. Dia kemudian menunjukkan cara bagaimana dia membunuh mangsanya dengan seutas dawai yang diikat pada tiang lalu dijerut pada tengkuk. “Beginilah caranya supaya darah itu jangan keluar banyak,” tambahnya. Lelaki itu namanya Anwar tetapi orang lebih mengenalinya dengan nama Anwar Congo kerana dia pernah membantu pasukan tentera Indonesia yang dikirim ke negara Afrika yang pernah bergolak itu. Rambutnya sudah putih semua dan umurnya sudah mencecah 73 tahun tetapi daripada cara dia berjalan masih ternampak segak dan tegap; selebihnya, cukup bergaya apalagi kalau dia memakai sut lengkap. Anwar adalah watak utama dalam dokumentari Act of Killing yang sekarang ini sedang diberikan perhatian di serata dunia. Dokumentari itu adalah sebuah cerita dalam cerita. Dalam dokumentari itu, Anwar dan rakan-rakannya mengerjakan sebuah filem yang menggambarkan bagaimana dia jadi tukang sembelih komunis. Dia mengimbau semula peristiwa berdarah yang tercatat sebagai sejarah hitam Indonesia — sejarah yang hari ini sedang disemak semula. Tetapi bagi Anwar apa yang dikerjakannya itu adalah untuk memberi ingatan kepada generasi hari ini tentang apa yang sebenarnya berlaku. “Inilah sejarah. Inilah kita,” katanya.
16 Ogos 2013
Posted by jinson on 16.8.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Ogos
(279)
-
▼
Ogo 16
(11)
- Yazid Sempat Ziarah Pusara Ibubapa Sebelum Jatuh S...
- Elle Macpherson Sudah Kahwin Dengan Jeffrey Di Fiji
- Biar Betul!Sebelum Popular, Song Ji Hyo Banyak Ber...
- Pembedahan Pengerusi Mywatch Berjaya,Keluarga Mara...
- Yazid(Search) Tunggu Buah Pinggang Baru.
- Man Seen Hitting Ex-Girlfriend With Hammer In Vide...
- (With VID)Man Detained Over Video Of Him Beating E...
- Alamak! (GAMBAR) Bung Mokhtar Tiru Zizie Buat ‘Duc...
- Gempaq-(VIDEO) Nora Danish Kecek Kelantan
- Luahan Isteri Yang Dibelasah Suami Dalam Lif
- (VIDEO) Pengakuan Anwar Congo, Tukang Sembelih Kom...
-
▼
Ogo 16
(11)
-
▼
Ogos
(279)
0 ulasan:
Catat Ulasan