Kemeriahan Syawal buat pemain dram kumpulan rock Search, Yazid Ahmad seakan terhenti saat dia mula mengadu sakit pada hari ketiga Syawal yang disambutnya sekeluarga di kampung halaman yang terletak di Johor Bahru.
Walaupun ada beberapa ujian yang terpaksa dilalui oleh Yazid sekeluarga ketika pulang berhari raya minggu lalu, niat pemuzik terkenal itu untuk menziarahi pusara kedua ibu bapanya tertunai juga sebelum dia diuji dengan ujian yang lebih besar pada hari yang sama 10 Ogos lalu.
Bermula dengan kunjungan ke klinik yang memberi kebarangkalian dia menghidap penyakit jantung, Yazid yang kini menderita sakit buah pinggang itu telah dihantar ke dua hospital di Johor tetapi akhirnya dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ahad lepas.
"Ketika sampai di Johor Bahru memang kami sekeluarga diuji bila tiada bilik hotel yang kosong dan selepas menunggu lama baru ada teman yang bantu carikan tempat saya sekeluarga bermalam. Niat saya setiap kali balik raya untuk ziarah kubur mak dan ayah serta berjumpa kawan-kawan lama.
"Jadi pada pagi raya ketiga, dapatlah saya tunaikan hajat untuk menziarahi pusara kedua orangtua sebelum pergi beraya di rumah adik saya di bandar Johor Bahru. Selepas makan tengahari saya mula rasa tidak selesa dan sukar bernafas.
"Mulanya saya ingatkan asma tetapi doktor di klinik mengatakan kebarangkalian jantung membuatkan saya agak terkejut dan terus dirujuk di Hospital Sultanah Aminah. Sepatutnya saya harus ditahan untuk pemeriksaan lanjut tetapi kerana tiada kekosongan, saya diminta pergi ke Hospital Kluang.
"Situasi yang sama di Hospital Kluang, kami memutuskan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dengan kenderaan sendiri anak saya memandu dan saya cuba bertahan sehingga tiba di HKL,"cerita Yazid tentang bagaimana dia diuji sebelum dapat sampai ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.
Semalam juga Yazid menerima kunjungan daripada Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk DJ Dave yang turut menghulurkan bantuan berupa sumbangan wang tunai. Ianya telah disampaikan sendiri oleh Datuk DJ Dave kepada Yazid yang terlantar di wad Nefrologi dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Antara teman seperjuangan yang turut hadir seperti Nash daripada Lefthanded, Mas Omar, Aznan Ismail dan rakan pemuzik lain.
16 Ogos 2013
Posted by jinson on 16.8.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?12 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports12 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Ogos
(279)
-
▼
Ogo 16
(11)
- Yazid Sempat Ziarah Pusara Ibubapa Sebelum Jatuh S...
- Elle Macpherson Sudah Kahwin Dengan Jeffrey Di Fiji
- Biar Betul!Sebelum Popular, Song Ji Hyo Banyak Ber...
- Pembedahan Pengerusi Mywatch Berjaya,Keluarga Mara...
- Yazid(Search) Tunggu Buah Pinggang Baru.
- Man Seen Hitting Ex-Girlfriend With Hammer In Vide...
- (With VID)Man Detained Over Video Of Him Beating E...
- Alamak! (GAMBAR) Bung Mokhtar Tiru Zizie Buat ‘Duc...
- Gempaq-(VIDEO) Nora Danish Kecek Kelantan
- Luahan Isteri Yang Dibelasah Suami Dalam Lif
- (VIDEO) Pengakuan Anwar Congo, Tukang Sembelih Kom...
-
▼
Ogo 16
(11)
-
▼
Ogos
(279)

0 ulasan:
Catat Ulasan