Perkembangan operasi pembedahan R Sri Sanjeevan doktor berjaya mengeluarkan peluru dari tulang rusuk mangsa dan peluru tersebut kini dibawa ke makmal forensik di Cheras bagi ujian dijalankan.
Ahli keluarga mangsa diberitahu Bukit Aman mengambil alih kes tersebut kini. Bapa Sanjeevan, P Ramakrishnan berkata pembedahan berjalan dengan lancar dan doktor memaklumkan Sanjeevan akan memberi tindak balas respond dalam tempoh 48 jam.
Sementara itu penasihat Mywatch S Gobi memberitahu beliau akan ke Cheras bagi memastikan peluru itu berada di makmal forensik.
Awal tadi, ahli keluarga Pengerusi Mywatch pada ketika ini dilaporkan tidak bersependapat dengan polis tentang hak untuk menyimpan peluru berada dalam badan Sanjeevan.
Sanjeevan pada ketika ini menjalani operasi pembedahan bermula dari jam 2.30 petang tadi bagi mengeluarkan darah beku dari hatinya dan peluru dari tulang rusuknya.
Ramakrishnan berkata empat anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Jempol dan Seremban tiba tengah hari tadi untuk mengambil peluru bagi dijadikan bahan bukti namun ditolak oleh bapanya.
"Saya menahan mereka dan memberitahu mereka tidak boleh memasuki dalam bilik pembedahan," kata Ramakrishnan. Beliau kemudiannya berjumpa dengan Pengarah Hospital Serdang untuk membuat permohonan melihat peluru sebaik saja selesai pembedahan.
"Pengarah itu sangat baik hati tapi beliau memberitahu kami polis negeri sembilan telah pun membuat permohonan melalui surat untuk mendapatkan peluru," katanya.
Ramakrishnan yang merasa bimbang akan nyawa anaknya itu menjelaskan mengapa beliau mahu Bukit Aman mengambil alih kes ini kerana mengesyaki polis Negeri Sembilan adalah dalang disebalik kes tembakan.
"Kita akan buat apa saja yang kita mampu untuk menghalang mereka dari mengambil peluru untuk dijadikan sebagai bukti," kata bapanya.
Sanjeevan telah ditembak oleh dua suspek yang menunggang motosikal ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Bahau, Negeri Sembilan 27 Julai lalu. Tembakan mengenai bahunya dan tulang rusuknya.
Menurut bapa Sanjeevan, sebelum insiden tersebut mangsa dikatakan menerima panggilan dari seseorang. "Saya terdengar dia menjerit ketika bercakap dalam telefon, Sanjeevan ada menyebut tentang maklumat yang telah bocor dan akan memberitahu wartawan.
Sanjeevan juga menyebut nama pegawai polis dari Negeri Sembilan," kata ayahnya. "Setiap bukti harus di lakukan Bukit Aman termasuk siasatan kes ini," kata bapanya lagi.
Tambahnya nama pegawai polis yang disebut Sanjeevan ketika perbuatan telefon juga dilihat pernah melawat mangsa di hospital. "Dia datang antara jam 10 malam dan 12.30 pagi.
Pegawai itu datang melawat Sanjeevan tiga kali pada minggu lepas," kata Ramakrishnan. Ramakrishnan berkata, dia tiada disitu ketika pegawai itu datang melawat kerana mereka tidak dibenarkan bermalam di hospital. "Kami mengikut peraturan hospital.
Kenapa dia tidak boleh mengikut perkara sama. Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena,"katanya. Difahami pegawai polis tersebut merupakan anggota polis yang terlibat dalam siasatan kes itu. Dua hari sebelum ini.
Ramakrishnan membuat laporan polis meminta siasatan kes tembak anaknya dijalankan Bukit Aman. Dia ditemani oleh penasihat Mywatch S.Gobi Krishnan, hadir di balai polis Travers, Kuala Lumpur.
Mereka juga menuntut untuk mengatakan pertemuan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah. Beberapa jam sebelum Sanjeevan ditembak, beliau menulis di laman Twitter mengenai seorang polis yang disyaki terlibat dalam sindiket telah menggut beliau dan keluarganya.
Sanjeevan juga dikatakan ada berjumpa dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengadu kepada pemimpin itu mahu mendedahkan anggota polis yang turut terlibat dalam kegiatan sindiket dadah.
Sanjeevan mendakwa menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan memberi amaran kepada mangsa.
0 ulasan:
Catat Ulasan