16 Ogos 2013

Posted by jinson on 16.8.13 No comments

Bila dah namanya artis, apa saja yang dibuat semuanya jadi perhatian. Mungkin ada yang mencebik apabila apa yang artis makan, cakap, buat kadang-kadang dijadikan bahan perkongsian walaupun ia perkara remeh. Tapi hakikatnya, ramai yang suka untuk ambil peduli perkara ini. Contohnya apa sahaja yang dibuat oleh pelakon hot, Nora Danish. Kalau dia pos kotak tisu sekali pun di laman Instagram, senang-senang boleh dapat Like lebih daripada 3,000! Jadi kalau kami kongsikan video Nora Danish kecek kelate di bawah ini, ia adalah khusus untuk peminat Nora. Sesungguhnya apa sahaja yang keluar dari bibir comelnya adalah berita selagi dia masih berada dalam senarai pelakon wanita hot negara kita – walaupun bak kata salah satu komen, ‘Kuca lana nyo kecek kelate’. Lol.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog